Tuesday, November 20, 2012

Sweet Loves of Mira Shahidan

Ditempah oleh si cantik manis mieyra shahidan untuk orang tersayang :) Thanks so much. 



RM37 : added with hazelnut 


Thank you Mira Shahidan :)

Monday, November 19, 2012

Save Gaza Palestine with 20% donations from your payment

Assalamualaikum...





Apa yang Yana nak share hari ni ialah berkenaan isu yang sedang hangat sekarang, tak lain tak bukan mestilah tentang peperangan dan malapetaka yg sedang melanda saudara seislam kita di Palestine. Ya Allah, hati ni sangat sayu melihat kanak2 dan wanita2 yang menangis menderita kehilangan org tersayang. Yana always membayangkan jika Yana ditempat mereka, adakah yana redha dan tabah? adakah Yana akan mendapat kebangkitan dari semua itu? Yana anggap itu semua ada hikmah. Yana ingin membantu sedaya yg mungkin.



Justeru itu, Yana tanpa berfikir panjang, telah membuat keputusan semalam di facebook [chocmall page]. Yana akan mendermakan setiap 20% dari payment customer2 yana bermula daripada esok sehingga tarikh yang yana akan beritahu bagi setiap tempahan. Yana berharap dapat memanjangkan rezeki semua orang dan membantu saudara seislam kita di Gaza Palestine. #savegaza :)

In shaa Allah, kita cuba sebaik mungkin ya. Ikhlas kan diri kita, dan jangan  mengharapkan apa2 balasan. Sambil kita bergembira menikmati coklat chocmall, kita dapat menderma. Alhamdulillah. 



Saturday, November 10, 2012

PRALIN MAKCIK MARIA

Ini dark chocolate berbentuk love dan berconteng2 kan coklat strawberry  <3


Assalamualaikum... Mari menyerikan mata anda dgn coklat2 y yana bru siapkan semalam.  Cekidaut..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 8, 2012

Resepi: Tat Coklat

Assalamualaikum...


credit picture to sarisuya.blogspot.com

Selalu kita makan  cheese tart blueberry or egg tart kan? Hari ni Yana nak share 1 resepi. Eh.. mestilah ada kaitan dengan coklat... :) Nama nyaaa Tat Coklat. Sesuai untuk majlis2 jamuan birthday party atau apa2 majlis pun lah.

Bahan A: (Pes Tat)

75gm Mentega Butterhouse
75gm Marjerin Martiana
80gm Gula Aising
1biji Telur (gred c)
300gm tepung gandum (HOI L Flour)

Bahan B: (Pes Coklat)

200gm Krim Putar
500gm Coklat Masakan London
30gm Madu
25gm Mentega Butterhouse

Cara Penyediaan:

Kaedah A:

1. Adun mentega Butterhouse dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk adunan putar hingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati.
4. Tekankan adunan tadi ke dalam acuan tat. And bakar lah pada suhu 170 darjah c sehingga kuning keemasan.


Kaedah B:

1. Didihkan krim putar
2. Masukkan coklat masakan London
3. Kemuadian masukkan mentega butterhouse dan madu, kacau sehingga sebati.
4. Seterusnya paipkan inti ke dalam kulit tat.


Tuesday, November 6, 2012

Coklat tak gemokkk

Assalamualaikum...



Tahu kah anda, coklat tidak menggemukkan? malah ianya membawa satu kebaikan dalam hari kita? Iya.. Yana tahu coklat boleh membawa kepada penyakit kencing manis, IF kita ambil dengan kuantiti yang banyak. BUT, coklat mampu menceriakan hari kita betul tak?


Semalam Mak Cik Maria (jiran) datang ke rumah dengan hajat mahu order coklat Yana yg berinti kan badam (almond). Terharu :'( sangat. Dia juga ada kata yang one of the motivator dekat dalam tv ada beritahu, SETIAP PAGI SELAIN MEMBERI  ANAK2 VITAMIN DAN AIR SUSU (or any food for breakfast) IBU BAPA JUGA HARUS  MEMBERI ANAK2 MAKAN COKLAT. Tapi, jgn bg makan banyak sgt. Nanti terlalu hyper sgt kan susah. Hihihi...actually coklat memberi tenaga pada anak2 selain mood mereka happy. (^_^)