Thursday, November 8, 2012

Resepi: Tat Coklat

Assalamualaikum...


credit picture to sarisuya.blogspot.com

Selalu kita makan  cheese tart blueberry or egg tart kan? Hari ni Yana nak share 1 resepi. Eh.. mestilah ada kaitan dengan coklat... :) Nama nyaaa Tat Coklat. Sesuai untuk majlis2 jamuan birthday party atau apa2 majlis pun lah.

Bahan A: (Pes Tat)

75gm Mentega Butterhouse
75gm Marjerin Martiana
80gm Gula Aising
1biji Telur (gred c)
300gm tepung gandum (HOI L Flour)

Bahan B: (Pes Coklat)

200gm Krim Putar
500gm Coklat Masakan London
30gm Madu
25gm Mentega Butterhouse

Cara Penyediaan:

Kaedah A:

1. Adun mentega Butterhouse dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk adunan putar hingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati.
4. Tekankan adunan tadi ke dalam acuan tat. And bakar lah pada suhu 170 darjah c sehingga kuning keemasan.


Kaedah B:

1. Didihkan krim putar
2. Masukkan coklat masakan London
3. Kemuadian masukkan mentega butterhouse dan madu, kacau sehingga sebati.
4. Seterusnya paipkan inti ke dalam kulit tat.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment