Wednesday, January 29, 2014

I'm BACK!

Assalamualaikum semua,

Sekian lama tak update blog ni, rasa dah macam segan nak update. Lately terlalu busy bekerja ditempat baru. Hari ni tergerak hati nak bergiat active balik dalam business coklat. So to my future customers, or any B2B yang nak kan harga special, boleh la contact Yana di 013-7469587.

Harga promosi ni bersempena untuk Chinese New Year and pengembalian Yana dalam bercoklat ni.. :)




Saturday, April 20, 2013

SENARAI HARGA COKLAT 2013 CHOCMALL LOVELY HANDMADE CHOCOLATE

SENARAI HARGA COKLAT 2013 CHOCMALL LOVELY HANDMADE CHOCOLATE

Set Coklat Cavity Box 
(Sesuai Sebagai Doorgift Sebarang Majlis)


  1. 1 pcs: RM1.20                                              Min 1000 pcs > : RM 0.90
  2. 1 pcs (Plastic+riben/kerawang): RM1                         Min 1000 pcs > : RM 0.70
  3. 2 pcs: RM 2.50                                             Min 1000 pcs > : RM 1.80
  4. 2 pcs (Sushi box+riben): RM1.80                        Min 1000 pcs > : RM 1.50
  5. 3 pcs: RM 3.50                                             Min 1000 pcs > : RM 2.80
  6. 4 pcs: RM 4.50                                             Min 1000 pcs > : RM 3.80
  7. 6 pcs: RM 7.00                                             Min 1000 pcs > : RM 5.50
  8. 9 pcs: RM 12.00                                           Min 1000 pcs > : RM 10.50
  9. 12 pcs: RM 15.00                                         Min 1000 pcs > : RM 13.50
  10. 18 pcs: RM 24.00                                          Min 200 pcs > : RM 22.00
  11. 25 pcs: RM 32.00                                         Min 100 pcs > : RM 30.00
  12. 28 pcs: RM 35.00                                         Min 100 pcs > : RM 33.00
  13. 35 pcs: RM 48.00                                         Min 100 pcs > : RM 45.00
  14. 48 pcs: RM 60.00                                         Min 100 pcs > : RM 55.00
    CAS TAMBAHAN RM0.10 UNTUK RIBEN



                                                               Set Chocolate Box



  1. Size S = Bentuk Love Riben + 3pcs pralin       :RM20
  2. Size M = Bentuk Kotak + 12pcs pralin             :RM60
  3. Size L = Bentuk Love Riben + 21pcs               :RM70
  4. Size XL = Bentuk Love Bunga + 25pcs             :RM75

Gubahan Bunga Bakul Coklat



30 hingga 50 pcs lollicoklat
RM75 - 130
warna mengikut pilihan

Coklat Oreo Single Set
(mengikut jenis pembungkusan)



 Printed Edible Image Oreo Choc : RM2.50
Oreo Flower + Plastik + Kertas kerawang putih : RM1.60
Oreo Flower + Soft Clear Box : RM1.80
Oreo Flower + Gold Base Box : RM2.00

Lollicoklat 



Bunga ros (riben + plastik): RM1.20
Bunga Sakura(Riben + Plastik) RM1.30
Bunga panjang / Love XoXo (riben + plastik) : RM1.40
Smiley Panjang : RM1.50

                                                              

Friday, April 19, 2013

Promosi Pakej Perkahwinan

Pakej Hantaran Perkahwinan dan Doorgift :



Tarikh tamat promosi dilanjutkan sehingga 30 July 2013. 
Sebarang pertanyaan boleh call or text Yana di 013-7469587





Chocmall Lovely Handmade Chocolate



Assalamualaikum w.b.t.

Lama sudah tak update blog ni. Bersawang2 dah ni.. Kat sini Yana nak inform yg nama Chocmall telah bertukar kepada Chocmall Lovely Handmade Chocolate. Panjangkan? Tapi ChocMall still nama utama. 

Sekian.


Tuesday, January 1, 2013

Promotion Details

Assalamualaikum semua...

Yana nak inform sedikit mengenai Promotion yg Yana post tu kan.. Ada 2 org bakal customer yg bertanya
mengenai tarikh 1-20 January 2013 tu.. Berkenaan dengan tarikh tersebut, Yana ingin memaklumkan yg tarikh itu adalah tarikh dimana sesiapa yg ingin menempah dan booking sepanjang tarikh tersebut, mereka akan mendapat diskaun 15% or free gift seperti yg Yana janjikan tu. Itu tak bermakna dalam tarikh tu juga mesti kena beli.. Tak kisah lah bila pun due date order tu nak siap, asalkan dalam tahun 2013. Jadi, amat sesuailah utk sesiapa yg ada merancang perkahwinan tahun ini, dan berpeluang mendapatkan diskaun dan free gift sekiranya item ditempah dalam tarikh 1-20 January 2013. Harap maklum :) tQ

Monday, December 31, 2012

Promosi Awal Tahun!!!

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama blog ni tak di update kan? Lepas topic untuk Gaza tu, yana dah jarang post story. Cuma upload gambar mana yang sempat je. 

Tujuan Yana menaip hari ni adalah untuk memberitahu yang ChocMall akan mengadakan promosi tahun baru..iaitu 2013. Goodbye 2012. Banyak yang Yana pelajari dalam tahun 2012 ni.

Tahun 2013 ni Yana nak merasmikan produk ChocMall yang baru... sebenarnya 
produk2 ni dah lama kecoh kat luar...cuma Yana je lambat sejengkal. Sebab Yana 
masih baru dan still belajar berbisnes.  Nak start mana dulu eh.. promosi or produk baru? 

Jeng jeng jeng...


Jika ada penambahan lagi, Yana akan update lagi ye. 

Okay, meh kita move on promotion pulak. Okayy.. P.R.O.M.O.S.I yaaa :)
*senyum kambing


So, apa tunggu lagi? Mai Mai orderrr
Boleh whatsapp or text di no. ni: 013-7469587 utk sebarang pertanyaan

TQ. Wassalam...



Tuesday, November 20, 2012

Sweet Loves of Mira Shahidan

Ditempah oleh si cantik manis mieyra shahidan untuk orang tersayang :) Thanks so much. 



RM37 : added with hazelnut 


Thank you Mira Shahidan :)

Monday, November 19, 2012

Save Gaza Palestine with 20% donations from your payment

Assalamualaikum...





Apa yang Yana nak share hari ni ialah berkenaan isu yang sedang hangat sekarang, tak lain tak bukan mestilah tentang peperangan dan malapetaka yg sedang melanda saudara seislam kita di Palestine. Ya Allah, hati ni sangat sayu melihat kanak2 dan wanita2 yang menangis menderita kehilangan org tersayang. Yana always membayangkan jika Yana ditempat mereka, adakah yana redha dan tabah? adakah Yana akan mendapat kebangkitan dari semua itu? Yana anggap itu semua ada hikmah. Yana ingin membantu sedaya yg mungkin.



Justeru itu, Yana tanpa berfikir panjang, telah membuat keputusan semalam di facebook [chocmall page]. Yana akan mendermakan setiap 20% dari payment customer2 yana bermula daripada esok sehingga tarikh yang yana akan beritahu bagi setiap tempahan. Yana berharap dapat memanjangkan rezeki semua orang dan membantu saudara seislam kita di Gaza Palestine. #savegaza :)

In shaa Allah, kita cuba sebaik mungkin ya. Ikhlas kan diri kita, dan jangan  mengharapkan apa2 balasan. Sambil kita bergembira menikmati coklat chocmall, kita dapat menderma. Alhamdulillah. 



Saturday, November 10, 2012

PRALIN MAKCIK MARIA

Ini dark chocolate berbentuk love dan berconteng2 kan coklat strawberry  <3


Assalamualaikum... Mari menyerikan mata anda dgn coklat2 y yana bru siapkan semalam.  Cekidaut..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 8, 2012

Resepi: Tat Coklat

Assalamualaikum...


credit picture to sarisuya.blogspot.com

Selalu kita makan  cheese tart blueberry or egg tart kan? Hari ni Yana nak share 1 resepi. Eh.. mestilah ada kaitan dengan coklat... :) Nama nyaaa Tat Coklat. Sesuai untuk majlis2 jamuan birthday party atau apa2 majlis pun lah.

Bahan A: (Pes Tat)

75gm Mentega Butterhouse
75gm Marjerin Martiana
80gm Gula Aising
1biji Telur (gred c)
300gm tepung gandum (HOI L Flour)

Bahan B: (Pes Coklat)

200gm Krim Putar
500gm Coklat Masakan London
30gm Madu
25gm Mentega Butterhouse

Cara Penyediaan:

Kaedah A:

1. Adun mentega Butterhouse dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk adunan putar hingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati.
4. Tekankan adunan tadi ke dalam acuan tat. And bakar lah pada suhu 170 darjah c sehingga kuning keemasan.


Kaedah B:

1. Didihkan krim putar
2. Masukkan coklat masakan London
3. Kemuadian masukkan mentega butterhouse dan madu, kacau sehingga sebati.
4. Seterusnya paipkan inti ke dalam kulit tat.


Tuesday, November 6, 2012

Coklat tak gemokkk

Assalamualaikum...



Tahu kah anda, coklat tidak menggemukkan? malah ianya membawa satu kebaikan dalam hari kita? Iya.. Yana tahu coklat boleh membawa kepada penyakit kencing manis, IF kita ambil dengan kuantiti yang banyak. BUT, coklat mampu menceriakan hari kita betul tak?


Semalam Mak Cik Maria (jiran) datang ke rumah dengan hajat mahu order coklat Yana yg berinti kan badam (almond). Terharu :'( sangat. Dia juga ada kata yang one of the motivator dekat dalam tv ada beritahu, SETIAP PAGI SELAIN MEMBERI  ANAK2 VITAMIN DAN AIR SUSU (or any food for breakfast) IBU BAPA JUGA HARUS  MEMBERI ANAK2 MAKAN COKLAT. Tapi, jgn bg makan banyak sgt. Nanti terlalu hyper sgt kan susah. Hihihi...actually coklat memberi tenaga pada anak2 selain mood mereka happy. (^_^)

Monday, November 5, 2012

Template and Logo Baru

Assalamualaikum

Nampak tak layout ChocMall dah bertukar? eh, jgn lupa tengok logo nya sekali. Selama 2 hari beturut2 Yana bersungguh-sungguh edit blog ni bg 'chumell' sikit, almaklum lah...tangan Yana tak kreatif mana. Tapi, Yana rasa ok lah kot mcm ni. Simple and 'Gojezz' sikit. :)

Mana Yana dapat idea2 bernas nih? Tak perlu nak pergi class pun, korang boleh tengok mcm2 tutorial dekat website Lyssa ni. She is so telented in writing. Credit to her lah. Anything yang 
korang nak, semua boleh. Just, sesiapa yg ada basic html tu lebih cepat fahamlah. Takpe, we learn from mistake right? chill (^_^)


Selain itu, logo ni pulak Yana tempah dekat ccicutedesign. Memang puas hati sebab buatannya kemas dan comel2. Kalau buka dekat web die, memang rasa geramm je dengan semua design2 akak ni. 

So, pada sesiapa yang bercadang untuk mencantikkan blog, bolehlah mendapatkan
 khidmat dari ccicutedesign.com. :)

Saturday, November 3, 2012

Promotion!!!

Assalamualaikum
Alhamdulillah, rezeki y tak putus2 sekarang. Yana rasa terharu, syukur syukur Alhamdulillah. Sebelum tido ni, Yana nak bgtau y ChocMall akan buat promosi diskaun sempena Raya Deepavali. Bermula bila? Esok yana akan inform ya. Saja nak bikin gempak mlm ni. Gempak ke? Cehh. Hehe. Nyte and sweet dream :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 1, 2012

28 pralins order by Asan

Tema: Merah+Hitam+Putih

RM35 for 28 pralins


Happy 1st anniversary asan and nana :) 
thanks.
Published with Blogger-droid v2.0.9