Assalamualaikum semua...
Yana nak inform sedikit mengenai Promotion yg Yana post tu kan.. Ada 2 org bakal customer yg bertanya
mengenai tarikh 1-20 January 2013 tu.. Berkenaan dengan tarikh tersebut, Yana ingin memaklumkan yg tarikh itu adalah tarikh dimana sesiapa yg ingin menempah dan booking sepanjang tarikh tersebut, mereka akan mendapat diskaun 15% or free gift seperti yg Yana janjikan tu. Itu tak bermakna dalam tarikh tu juga mesti kena beli.. Tak kisah lah bila pun due date order tu nak siap, asalkan dalam tahun 2013. Jadi, amat sesuailah utk sesiapa yg ada merancang perkahwinan tahun ini, dan berpeluang mendapatkan diskaun dan free gift sekiranya item ditempah dalam tarikh 1-20 January 2013. Harap maklum :) tQ
Tuesday, January 1, 2013
Monday, December 31, 2012
Promosi Awal Tahun!!!
Assalamualaikum...
Rasanya dah lama blog ni tak di update kan? Lepas topic untuk Gaza tu, yana dah jarang post story. Cuma upload gambar mana yang sempat je.
Tujuan Yana menaip hari ni adalah untuk memberitahu yang ChocMall akan mengadakan promosi tahun baru..iaitu 2013. Goodbye 2012. Banyak yang Yana pelajari dalam tahun 2012 ni.
Tahun 2013 ni Yana nak merasmikan produk ChocMall yang baru... sebenarnya
produk2 ni dah lama kecoh kat luar...cuma Yana je lambat sejengkal. Sebab Yana
masih baru dan still belajar berbisnes. Nak start mana dulu eh.. promosi or produk baru?
Jeng jeng jeng...
Jika ada penambahan lagi, Yana akan update lagi ye.
Okay, meh kita move on promotion pulak. Okayy.. P.R.O.M.O.S.I yaaa :)
*senyum kambing
So, apa tunggu lagi? Mai Mai orderrr
Boleh whatsapp or text di no. ni: 013-7469587 utk sebarang pertanyaan
TQ. Wassalam...
Tuesday, November 20, 2012
Sweet Loves of Mira Shahidan
Ditempah oleh si cantik manis mieyra shahidan untuk orang tersayang :) Thanks so much.
![]() |
| RM37 : added with hazelnut |
Thank you Mira Shahidan :)
Monday, November 19, 2012
Save Gaza Palestine with 20% donations from your payment
Assalamualaikum...
Apa yang Yana nak share hari ni ialah berkenaan isu yang sedang hangat sekarang, tak lain tak bukan mestilah tentang peperangan dan malapetaka yg sedang melanda saudara seislam kita di Palestine. Ya Allah, hati ni sangat sayu melihat kanak2 dan wanita2 yang menangis menderita kehilangan org tersayang. Yana always membayangkan jika Yana ditempat mereka, adakah yana redha dan tabah? adakah Yana akan mendapat kebangkitan dari semua itu? Yana anggap itu semua ada hikmah. Yana ingin membantu sedaya yg mungkin.
Justeru itu, Yana tanpa berfikir panjang, telah membuat keputusan semalam di facebook [chocmall page]. Yana akan mendermakan setiap 20% dari payment customer2 yana bermula daripada esok sehingga tarikh yang yana akan beritahu bagi setiap tempahan. Yana berharap dapat memanjangkan rezeki semua orang dan membantu saudara seislam kita di Gaza Palestine. #savegaza :)
In shaa Allah, kita cuba sebaik mungkin ya. Ikhlas kan diri kita, dan jangan mengharapkan apa2 balasan. Sambil kita bergembira menikmati coklat chocmall, kita dapat menderma. Alhamdulillah.
Tuesday, November 13, 2012
Saturday, November 10, 2012
PRALIN MAKCIK MARIA
![]() |
| Ini dark chocolate berbentuk love dan berconteng2 kan coklat strawberry <3 |
Assalamualaikum... Mari menyerikan mata anda dgn coklat2 y yana bru siapkan semalam. Cekidaut..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Subscribe to:
Posts (Atom)







.jpg)


