Wednesday, February 29, 2012

Tempahan dari Kak Sara Comel :)



Sedapnyaa semua org dah nyenyak tido.. yana tak tido lagi.. ni pun bru lepas siapkan tempahan wedding gift dari kak sara :) tQ kak sara sebab support and percaya kan yana. jasamu dikenanggg!

Okay, ni lah hasilnya setelah bersengkang mata menyiapkan coklat yg sedap & cantik ini.




Oreo angry bird utk adik comel kak sara :)



wedding gift. theme: green & white


Tengok, heart tu pun pakai necklace tau.. hehe.. congratulations to Ani & Isa :) thanks again to kak sara syazaha yg comelll :) niteee

Monday, February 27, 2012

Resepi white coklat cheese

Assalamualaikum :)

Mesti ramai suka makan cheese kan? Yana punnnn...!! So, Yana sempat lah godek2 coklat cheese. Terjumpa blog Gadis Kampung. Cer tengok :) macam sedappp.

Okay, meh yana repost resepi die k.

BAHAN2:

250gm krim keju (pilih yang halal)
coklat compound putih - 1 BAR
coklat compound warna dark coklat- 1 BAR
perisa strawbery(tak nak bubuh pun takpe)
susu pekat (5 sudu)-nak bagi berkilat sikit

CARA-CARANYA:

1. Korang double boil dulu coklat putih pastu terus isi dalam acuan dia ye...pastu korang teriapkan acuan tue sebab kita just nak buat kerongsong(badan je) selepas itu masukkan mould ini kedalam peti sejuk seketika sebab kita nak buat inti dia..

2: Korang double boil dark coklat pastu masukkan krim keju campur la dengan susu pekat manis dengan perisa strawbery tue kacau sampai likat..

3. Masukkan adunan diatas ke dalam acuan yang sama selepas tue ambik coklat putih tadi tutup permukaan mould tue pastu dia akan jadi macam nie...
pastu masukkan acuan tu dalam peti sejuk
selepas beku baru ketuk... dan inilah hasilnyer


SELAMAT MENCUBA!

Happy birthday February :)


Bulan february ni memang ramai kawan2 yana punya birthday. So, untuk si syaima nih..yana dah buatkan coklat gift untuk die.



Sweet 23 my dear friend. Ramai lagi kawan yana yang sambut.. rina, nadia..nanti yana bagi hadiah coklat kay, :) bye.


Friday, February 24, 2012

Resepi coklat mocha fudge :)

Tau semua suka coklat. Tapi kita pelbagai kan lagi resepi coklat tu ye? meh sini, yana nak share resepi coklat mocha fudge. :)

500gm cooking chocolate
250gm susu pekat manis
30gm butter
3s.t Nescafe


1. Campurkan susu pekat, butter, Nescafe dan chocolate. Masak atas api yg perlahan hingga pekat.
2. Tuang adunan dlm acuan 20 cm yg dialas degn aluminium foil.
3. Bila sejuk, simpan dlm fridge about 2 hours.
4. Then bila dh sejuk leh la potong 4 segi kecil.

*Klau nk lawa, leh tabur ngan badam cincang sblm ia mengeras.
*Pas potong2 tu, leh gak taruk dlm paper cup.

senang kan? so, esok bangun pagi try lah buat suprise kat family or utk tersayang. :) selamat mencuba!

Thursday, February 23, 2012

Coklat menajamkan mata dan minda!


Assalam :)

Smlm yana bmimpi.. ramai org mkn coklat yana.
Yana pelik. Tapi seronok tengok diorg happy. So,
yana tergerak nak google kebaikan coklat untuk manusia.

Yana terjumpa link ni:
Lyssa telah meng'share' kan kebaikan coklat!




Antara yang Lyssa share mengenai KEBAIKAN COKLAT ialah:


:60:Dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan
:60:Dapat membantu menajamkan mata dan minda
:60:Dapat bantu korang memulihkan keletihan saraf
:60:Dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
:60:Dapat meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

So? tunggu apa lagi? untuk student2 kat sana yang suka makan coklat anda amat2 lah digalakkan untuk menyediakan stok coklat sebelum memulakan sem final ni eh. Sem terakhir ni Yana pasti akan merasa stress yang teramat. So, before balik puncak yana nak bawak stok coklat banyak2 lah. :D okaylah. Tapi janganlah makan byk2 sgt. Tak pasal2 cari penyakit lak nanti. Byebye!


Kedai barang coklat di Serdang!



Alhamdulillah.. Happy nyaaaa saya!!!

Lately, boleh dikatakan Yummie rumah nom.2 Yana lah. Setiap hari Yana wajib singgah sana.
Semalam sebelum pi dating dengan Mr.Right pun sempat lagi singgah Yummie.

But now.. Yana dah boleh tersenyum lebar, sebab kedai barangan kek akan dibuka kat serdang area rumah Yana ni :D Namanya Malindo. Arrghhh! Pembukaannya sabtu ahad ni. Tapi tak dapat dtg sbb Yana kerja.

Ape2 pun Yana akan jadi pelanggan tetap MALINDO! :)

Wednesday, February 22, 2012

Discount untill 31 March 2012!


Assalamualaikum..

Bukan baju je ada sale, coklat pun ada... :D coklat je ok. Macaron tak. Discount 10% dari harga asal. Banyak tuu. :) Sale bermula dari sekarang sehinggalah 31 March 2012. So? apa tunggu lagi... make order now!




Cerita kursus





Assalamualaikum w.b.t :)

Malam ni baru free untuk update blog. Seperti yang sedia maklum, yana baru sahaja lepas menghadiri kursus membuat coklat kak Ara. Memang best dan selesa yana belajar seorang diri. So focus nya lebih lah kat yana kan. :D okay.. apa yang yana belajar memang berbaloi. Yana nak ucapkan TERIMA KASIH kepada Baba yang telah sponsor kursus yana yang berharga RM180 tu. Saaayangg baba <3

Okay, apa yang yana belajar ialah tips bagaimana nak elakkan coklat dari 'berpeluh', dan tahan lama, mcm2 lagi lah. Then, skill color coklat dengan lebih baik dan tepat. Memang rugi siapa yang tak ikut class ni. Tapi mesti kena ada minat, baru boleh berjaya. Okay, tengok lah pic2 yang yana buat nihhhh.. ;p






Baru yana faham kenapa coklat handmade ni harganya lebih mahal berbanding coklat2 yang dah siap beli kat kedai tu..yana dah rasa sendiri bertapa penatnyaaaa buat coklat ni. Dengan kena teliti untuk warnakan coklat tu, tunduk sentiasa, nak jaga kualiti, dan banyak makan masa dan tenaga. kalau coklat biasa tu memang lah murah sbb pakai machine.. susah nak dapat yang comel mcm nih. :)

Dengan menghadiri kursus nih, kak ara telah sediakan senarai harga yang tepat berdasarkan semua perkara untuk coklat nih. So..Yana telah mengambil keputusan untuk membuat harga promotion untuk tempahan coklat dengan harga diskaun sebanyak 20% sebelum 31 March 2012! Selepas ni Yana akan ikut senarai harga seperti yang lain. TQ :)




Monday, February 20, 2012

Macarons hantaran :)

Sesungguhnya..Yana amatlah nervous and excited juga untuk join class coklat esok. I can't wait to see my idol :) Okaylah.. actually yana nak inform kat sini yang penghantaran macarons box dengan pos laju hanyalah untuk 4 box dan ke atas sahaja. :) Yana nk bagi tips or nasihat sikit mengenai macaron ni. Rasanya manis, dan ia sangantlah rapuh seperti. Warna dia memang menarik kan? Okay, untuk itu.. bagi yana, jika nak order macarons sebagai door gift dan sebagai hantaran majlis, amaaatlahh sesuai. :) Ni yana dah tepek contoh gambar macaron dari Mr.google.



Cantikkan? tapi Yana igt nak try buat macarons hantaran dalam bakul bunga tuh. if ada yg berminat bolehla buat tempahan sekarang. :)

Saturday, February 18, 2012

Class Handmade

Ya Allah nervous nyaaa. InsyaAllah selasa ni yana nak pi kelas kursus coklat. Yana tertengok page die kat internet..ni link die http://arahchocolate.blogspot.com/.

Yana memang respect gila kat akak nih.
Even dah ada family, beliau berusaha gigih demi minat yg mendalam. Kebetulan pula, kak ara telah masuk rancangan Tv1. Korang boleh lah tengok akak nih punya servis. :)

Okay, minggu depan adalah hari yang pack.
Isnin nak rehat
Selasa pi spa syaima and kursus coklat
Rabu p dating and beli box coklat
Khamis petang keje pulokk
Jumaat nak buat coklat ordered by Kak Sara
Sabtu Ahad saya kerjaaaa..

:'(

nyte.

p/s: btw, Thank you aten nyet2 sebab promote blog I.. hehe.. Akan ku kenang sampai bila2.. muah!


Friday, February 17, 2012

Customer order :)


Assalamualaikum :)

Hari ni baru ada kesempatan untuk update blog. Apa yang yana nak share kali ni ialah, yana busy menyiapkan coklat2 untuk di jual. Tak tau nak cakap ape dah, tapi boleh tengok pic yang yana upload ni k. Cekidout~




RM1.60 untuk 2 biji nih. :)


ordered by Zulfah Khalilah. esok dpt lah awak :)







Yang ni RM1.50


Okay done! :) nak tidooo..esok kerja pulak..adoiyaii. Okaylah. Need to sleep. Byebye! Assalamualaikummm..

Wednesday, February 15, 2012

Coklat and Macarons order


Alhamdulillah.. walaupun Yana baru nak berjinak2 dalam perniagaan coklat ni, ramai yang menyokong dan percayakan kebolehan yana. Jika kita minat terhadap sesuatu, jangan lah ditangguh2 kan. So, hari ni yana baru bershopping sakan membeli barang2 chocolate sebab yana dapat order dari beberapa orang customer. Esok yana akan mula membuat tempahan dari pelanggan.

Untuk pengetahuan semua, yana menjual coklat dengan harga yang murah untuk tahun ini.. sebab yana masih dalam pembelajaran. Untuk tahun depan, Insyallah yana akan up kan lagi kecomelan dan kekreatifan product yana. :) so harga akan naik juga. so tunggu apa lagi? grab it now!

Monday, February 13, 2012

Macarons for sale!

Assalamualaikum! Hye hye yawww :p

Guess what? Hari ni yana nak inform mengenai macarons yang yana dah packet2 kan dalam sebuah box yang berhiaskan reben! comell..cute! :) Dalam box tu ada 8 biji macarons. Each color mempunyai rasa yang berbeza. Meaning that, bolehlah kita try rasa setiap flavor tu kann. :) okay lah. cekidout dgn pic yang yana dah upload nih.







RM15 per box. Ada 8 pieces dan berbeza perisa bagi setiap warna. Amat sesuai dijadikan sebagai hadiah atau door gift. :)

Sesiapa yang berminat bolehlah call yana di 013-7469587. tQ :)

Tuesday, February 7, 2012

Macarons!


Korang pernah try macaron tak? tau tak macaron tu apa? meh tgk pic nih..


different color different flavor. :)

Sesiapa nak order meh la order kat Yana. memang mahal sikit.. tapi berbaloi tau.
Sesiapa yang nak ambil order boleh call or SMS di 013-7469587. tQ

Coklat sedap!


Assalamualaikum :)

Yana baru je siap packing coklat2 untuk dijual. Kali ni yana letak coklat dark and milk. Memang sedappp. :) Siapa yang nak order pun boleh...murah dan berkualiti. Rasa pun sedap. 2 biji baru RM1.20. Tapi untuk budak2 sekolah yana jual RM1 je. Bekas coklat pun berkualiti. Moh tengok gambar...









Wednesday, February 1, 2012