Wednesday, February 22, 2012

Cerita kursus





Assalamualaikum w.b.t :)

Malam ni baru free untuk update blog. Seperti yang sedia maklum, yana baru sahaja lepas menghadiri kursus membuat coklat kak Ara. Memang best dan selesa yana belajar seorang diri. So focus nya lebih lah kat yana kan. :D okay.. apa yang yana belajar memang berbaloi. Yana nak ucapkan TERIMA KASIH kepada Baba yang telah sponsor kursus yana yang berharga RM180 tu. Saaayangg baba <3

Okay, apa yang yana belajar ialah tips bagaimana nak elakkan coklat dari 'berpeluh', dan tahan lama, mcm2 lagi lah. Then, skill color coklat dengan lebih baik dan tepat. Memang rugi siapa yang tak ikut class ni. Tapi mesti kena ada minat, baru boleh berjaya. Okay, tengok lah pic2 yang yana buat nihhhh.. ;p






Baru yana faham kenapa coklat handmade ni harganya lebih mahal berbanding coklat2 yang dah siap beli kat kedai tu..yana dah rasa sendiri bertapa penatnyaaaa buat coklat ni. Dengan kena teliti untuk warnakan coklat tu, tunduk sentiasa, nak jaga kualiti, dan banyak makan masa dan tenaga. kalau coklat biasa tu memang lah murah sbb pakai machine.. susah nak dapat yang comel mcm nih. :)

Dengan menghadiri kursus nih, kak ara telah sediakan senarai harga yang tepat berdasarkan semua perkara untuk coklat nih. So..Yana telah mengambil keputusan untuk membuat harga promotion untuk tempahan coklat dengan harga diskaun sebanyak 20% sebelum 31 March 2012! Selepas ni Yana akan ikut senarai harga seperti yang lain. TQ :)




No comments:

Post a Comment